Tuesday, 12 February 2013

~Kelebihan Wanita Menurut Islam~



Assalamualikum... entry kali ni sy nak share tentang kelebihan wanita islam..Kebanyakkan pihak ramai yg mengatakan sukar utk menjadi wanita kerana mereka hanya memandang sebahagian aspek sahaja.Tapi tidakkah mereka sedar bahawa betapa untungnya menjadi wanita menurut islam. Di bawah ini merupakn kelebihan2 menjadi wanita islam.... :) jadi beruntunglah kepada mereka yg bgelar wanita!!!!





1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang selamat dan terbaik. Sudah pasti itulah intan permata bandingannya dengan seorang wanita.

2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya tiga kali lebih utama daripada kepada bapanya ?

3. Wanita menerima harta warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah bahawa harta itu akan menjadi miliknya dan tidak perlu diserahkan kepada suami? Sementara suami apabila menerima harta warisan ia wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya ?

4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala mahluk, malaikat dan seluruh mahluk Allah dimuka bumi ini, dan tahukah jika ia meninggal karena melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.

5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita, iaitu : Isteri, Ibu, Anak perempuan dan saudara perempuan. Ertinya , bagi seorang wanita tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh empat orang lelaki, iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

6. Seorang Wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu mana saja yang disukainya cukup dengan empat syarat saja, iaitu : solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

7. Seorang lelaki wajib berjihad di jalan Allah, sementara bagi wanita jika taat kepada suami serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah SWT, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad di jalan Allah SWT tanpa perlu mengangkat senjata.

Wanita juga diberikan kelebihan dalam menunaikan haji..Saksikan video ini.. 



~TANDA-TANDA KIAMAT YANG TELAH SEMPURNA~

Assalamualaikum semua...Jika kita sedar heboh orang ramai yg memperkatakan berkaitan tahun 2012 adalah tahun kiamat.Mengapa begitu mudah andaian berkaitan hari kiamat dibuat.Sudahkah kita bersiap sedia ke arah itu.Sebenarnya kita tidak perlu menunggu bila tiba hari kiamat.Apa yg perlu kita lakukan ialah sentisa menyiapkan diri dengan amal ibadah.Dalam mereka sibuk berbicara berkaitan hari kiamat tidak kah mereka sedar bahawa telah banyak tanda2 kecil kiamat yg telah berlaku..Sebagai renungan saya sediakn tanda2 kiamat yg telah sempurna berlaku dalam kehidupan seharian kita tanpa kita sedar.Semoga Allah melindungi kita semua daripada malapetaka.. Amin Ya rabbal Alamin......


1) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

2) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

3) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

4) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad

5) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”
.

6) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai

7)Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim

Antara bukti yg menunjukkan tanda2 dunia samakin menghampiri penghujungnya




SEKADAR RENUNGAN KITA BERSAMA.SEMOGA ALLAH SENTIASA MELINDUNGI KITA.

Monday, 11 February 2013

~Ohhh Buah Durian~

Assalamualaikum everybody....ergggghhh suddenly i got ideas to share about my favorite fruits..Non other than BUAH DURIANS... Sape je kan yg xsuke buah durian.. Saya mmg gila buah durian!! Fortunately saya stdy dkt Segamat pulak tu yg sudah sememangnya terkenal dgn buah durian!! For sure la kan ble tbe musim durians ni mmg xkan lepaskan peluang benti tepi2 jalan dan makan buah durian....:) But that not the main point yg saya nk story... Saya lbh tertarik utk brkongsi tntg buah durian yg semakin dipelbagaikan kegunaannya.. Sape prnh dgr "Durian Crepe"... Sedap sgt ke?? sampai semua org ckp psl durian crepe ni.. walaupn i'm a durians tegar but sya tak prnh tringin nk rase durian crepe ni...hehhehe... tpi bguslah kan skurang2nya org2 sekarang makin kreatif mereka something new..erghh okey la utk tatapan semua saya sdiakan gmbar my little bro brsame durian grgasi yg sgt2 mnyelerakan!! check it up!!!! Opsssssss!! Waitttttt!!! Pernah tgk durian merah tak??????? hah tgk kat bwh nieee....taraaaaa!!!











See Durian Gergasi!! Veryyy Delicious!!!
 
Haaa this one is Durian crepe!!!!!